Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

RAMADHAN JANGAN PERGI

Ramadhan akan pergi jua meninggalkan kita....terasa belum puas mendakapnya..begitu pantas masa berlalu, kini kita menghitung hari-hari terakhir Ramadhan.Mudah-mudahan segala amal yang dilakukan diterima Allah, aminn... Dan bakal berjumpa Ramadhan tahun-tahun akan datang. Syawal bakal menjelma... persiapan menyambut  aidil fitri bagi keluarga kami ala kadar saja, dua minggu lepas raya Nisa kena masuk wad nak buang tonsil...ada ketumbuhan dalam hidung, banyak doktor nak buat tu...doakan Cik Nisa kita selamat ye. Yang pentingnya sebelum pembedahan dia tak mengamuk sebab sebelum operate kena puasa , dia mana tak blh makan..., pagi-pagi mesti kena makan lah. Masa lepas pembedahan satu hal lagi...nak makan mesti sakit... mcmana nak buat tu..?  SALAM TAKZIAH KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA MH17 SEMOGA DIBERI KEKUATAN MENGHADAPI MUSIBAH INI...AMINN.