Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Jadi Jaga

Asalamualaikum...selamat pagi. Pagi ni mama nak cerita pasal cik Nisa kita..lah. Dah lama dia tak buat perangai berjaga sampai pagi... semalam dia buat pulak.. walaubagaimana pun aku bersyukur... dia tak mengamuk alhamdulillah.. Dia duduk depan PC entah berapa jam aku tak tau lah..lepas tu dia tgk TV pulak..dah jemu dgn TV dia menghadap PC layan Pak Cik Shah Rukh dia lah... apa lagi. Pukul 2.00 pagi rumah ni bergema dgn lagu kuch kuch hota hai.Kadang-kadang dia dengar surah surah bacaan Syeikh Misary al Afasy.Dia pandai..semua dia bolih download. Selagi dia tak tidor selagi itu lah kita tak blh tidor. Bila kita suruh dia tidor muka nampak tak manis dah... itu sebab aku biarkan saja dia berjaga! Tak sakit kena belasah...tapi kepala sikit ada pening lah! Ini kisah hidup aku yang penuh cabaran dan dugaan. Dulu aku nak pencen awal sebab nak jaga Nisa dan memang sah sah lah aku jadi JAGA walaupun dah puas jadi JAGA untuk Negara selama 30 tahun.Inilah dikatakan kasih Ibu...Alhamdulillah ap

Harga barang naik lagi

Salam..semuanya yang sudi singgah diblog mamapencen...terima kasih. Sebulan lamanya aku tak da masa nak menulis , sibuk yag teramat sibuk! Bukan senang menjadi Ibu tunggal.. aku bangga aku seorang yang kuat dari engkau orang yang ada suami ..betul tak...? jangan marah.. Mulai hari ini jadual bermula seperti biasa. Kelas mengaji Quran ada minggu ni saja lagi...Ustazah nak berangkat ke Makkah., tapi tak apa jiran aku yang seorang lagi bolih buat kelas untuk kami Semalam aku nak masak gas habis...orang yg hantar gas cakap gas naik harga seringgit.Aduhai... semua barang naik ye...dia kata hujan je yang turun kak! Cuba kau orang bayangkan macamana seorang ibu tunggal seperti aku yang mempunyai 2 orang anak masih belajar di Universiti..? Yang seorang dapat Biasiswa JPA tak pa lah..tapi seblum masuk duit JPA tu.. kena lah hulur jgak. Yang seorang lagi baru masuk tak tau lah dapat ke tidak PTPTN sebab banyak yang tak bayar hutang! Semua pencen bulanan aku nak tanggung semua ni. Tak apalah ak