Harga barang naik lagi

Salam..semuanya yang sudi singgah diblog mamapencen...terima kasih.
Sebulan lamanya aku tak da masa nak menulis , sibuk yag teramat sibuk! Bukan senang menjadi Ibu tunggal.. aku bangga aku seorang yang kuat dari engkau orang yang ada suami ..betul tak...? jangan marah.. Mulai hari ini jadual bermula seperti biasa. Kelas mengaji Quran ada minggu ni saja lagi...Ustazah nak berangkat ke Makkah., tapi tak apa jiran aku yang seorang lagi bolih buat kelas untuk kami
Semalam aku nak masak gas habis...orang yg hantar gas cakap gas naik harga seringgit.Aduhai... semua barang naik ye...dia kata hujan je yang turun kak! Cuba kau orang bayangkan macamana seorang ibu tunggal seperti aku yang mempunyai 2 orang anak masih belajar di Universiti..? Yang seorang dapat Biasiswa JPA tak pa lah..tapi seblum masuk duit JPA tu.. kena lah hulur jgak. Yang seorang lagi baru masuk tak tau lah dapat ke tidak PTPTN sebab banyak yang tak bayar hutang! Semua pencen bulanan aku nak tanggung semua ni. Tak apalah aku berkorban apa saja...dari dulu hingga sekarang rela berkorban!




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepada Mu Berserah

Jumpa Orang Pencen