Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Apa saje lah...Cik Nisa Asal Bahagia

Asalamualaikum...semua , terima kasih kepada yang sudi menyinggah dan seterusnya yang sudi membaca... apa jua coretan dipaparkan ini adalah sebahagian daripada acara membuang stress!  Masih berkisar tentang Cik Nisa kita... Alhamdullilah nampaknya dah tak mengamuk dah.,dengan izin Allah....berkat beberapa Surah-surah yang aku baca setiap kali lepas Solat. Selain doa-doa , perutnya juga kena jaga....ini yang kadang-kadang rasa nak pengsan sebab 3 hari makan nasi berturut-turut..dia tak da selera kat nasi dah,  jadi aku sekarang dah jadi lebih dari master chef! Tgk TV rancangan masakan saja, buka internet...blog masakan saja yang dicari demi mencari resepi resepi baru, Cik Nisa pula seleranya lebih kewesten aan ( betul tu..ejaanya) Rasanya masa kecik dulu aku tak da lah mengajar makan western2 gitu...dia jadi sendiri! Kita ni pulak tak suka makan beli kat luar....jadi semua nak buat sendiri. Bayangkan dari sarapan pagi hingga ke malam mesti ada menu untuk Nisa. Memang sangat memenatkan.
Asalamualaikum semua..., banyak cerite nak cerite....sebab dah lama tak cerite...! Pertama sekali musim cuti sekolah jemputan kenduri kawin banyak, tapi rasanya tahun ni tak semeriah tahun lepas. Selalu balik kenduri mesti ada-ada saja... sakit kepala...sudah semestinya....ye lah sebab kita alah dengan serbuk serbuk penambah rasa dia orang tu..!nak buat mcmana kan..sabor aje lah. Semalam aku pergi dengar ceramah Ustaz Haslin Bolywood kat Dataran sebelah rumah aku ni ... majlis ilmu... maka banyak lah ilmu dapat Alhamdullilah. Ustaz Haslin kata....hangpa nak kerja apa...kerjalah tapi ingat Allah dimana jua kamu berada...selamatlah hidup. Dan satu lagi dia kata...bacalah Al Quran... tak pandai belajar.... jangan malu lah... dah tua pun...(mcm aku lah masih lagi belajar). Jangan terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga sehingga tak ada masa untuk belajar mengaji....kerja rumah sampai mati tak abis. Banyak lagi cerite ni...tapi tak dan dah ada cucu orang nak bersunat pulak...kenduri lagi..

BAHAGIANYA MEREKA

Salam semua...., beberapa hari lalu semua kita tahu tentang penemuan jenazah yang masih elok dan wangi walau telah dikebumikan berbelas belas tahun yang lalu. Menurut kata waris mereka, antara mereka adalah guru al Quran..dan juga orang yang sentiasa membaca al Quran,hafaz Quran, banyak berzikir, dan sentiasa menolong orang serta bersedekah.... Rasa sangat kerdil diri ini...bagaimanakah nasib kita nanti? Walaupun kita tak hafaz al Quran sekurang-kurangnya banyak surah surah pilihan yang patut kita hafal seperti 3 Qul...sudah semestinya semua orang hafal.., surah Al Mulk, Surah Yassin dan lain-lain.Alangkah kah bahagianya mereka...! 

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah.... terima kasih kerana sudi singgah membaca coretanku ini. Mudah-mudahan semua kita diberikan keberkatan hidup pada tahun ini, semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas..amin....   Masih bercerita tentang Cik Nisa kita... dia buat perangai masa kita nak baca doa awal tahun. Masa waktu asar nampak ok je.. sempatlah kita baca doa akhir tahun. Memang ada masa masanya bila kita nak menunaikan solat dia buat perangai...Terpaksalah kita mempercepatkan bacaan. Mulai tahun ini aku nak rekodkan dalam buku khas...berapa kali dia mengamuk dalam sebulan dan waktu-waktu dia mengamuk supaya bolih pergi Darul Syifa'. Dah lama dah tak pegi ni... 

Tengok-Tengok

Salam Semua..., Tika ini, saat ini Cik Nisa tak bangun bangun lagi, malam tadi tidur lambat. Mama...mama..ibu...mak... Umi.. dan yang seangkatan dengannya subuh dah bangun... Selesai solat subuh akan bermulalah segala aktiviti, rehatnya entah pukul berapa...kalau Cik Nisa nak tidor awal alhamdullilah....syukur pada Allah. Pukul 7.00 tengok TV9 Tanyalah Ustaz dulu... banyak ilmu dapat. Sebenarnya kita ni... kalau tak sempat nak ke majlis ilmu.... buka je TV tu macam-macam ada rancangan Agama... tepuk dada tanya selera...! Tadi Ustaz kata malu lah kita kalau orang islam sendiri tak nak tengok Tanyalah Ustaz sebab ada orang bukan islam pun menonton tanyalah ustaz, ini berlaku sendiri pada Ustaz Izhar apabila dia pergi ke kedai cat cina kedai tu kenal dia, dia tanya pada cina tu macamna kenal dia...? Cina tu kata dia selalu menonton tanyalah ustaz TV9. Subhanallah.

ADA ADA SAJE

Salam Eidil Adha Semua...yang sudi menyinggah disini atau yang tersinggah disini. Mood raya haji  ada lagi ni..., raya pertama buat lontong... licin semua! Raya kedua Surau ada korban, yang perempuan diminta datang bergotong royong mula jam 7.00pagi. Aku tak dapat datang sebab hantar  budak-budak ni ke stesen bas sorang balik Johor, sorang balik Melaka. Raya ketiga ada jemputan lagi...tapi tak dapat datang jugak... Nisa angin tak bagus! orang nak pergi pukul 12tghari dia tak bangun lagi...kalau kita kejutkan karang mengamuk pulak. Langkah paling selamat tak payah pegi! Kiranya tak payah bermasyrakatlah aku ni... sedihnya..hu..hu..hu...!!!    Semalam Nisa mengamuk nak baju gambar POPEYE ...gara-gara melihat gambar dia masa kecik dalam album tu pakai T-Shirt Popeye..dia suruh pegi beli. Hai... sekarang mana ada dah baju tu... sekarang zaman AngryBird, Boboiboy lah..mana nak cari ni? Bagi memuaskan hati aku pun pegi jugak kedai T-shirt yang terkenal dengan Cartoon2 ni...Bila dah tak ad

Tengok Anak Orang...

Minggu lepas aku hantar anak jiran pergi menunaikan haji..Anak dia lelaki umur 28th... sebaya anak aku yang sulung dan dia jugak adalah bestfriend anak aku.Seronok kan...tengok muda-muda dah dipanggil menjadi tetamunya. Mudah-mudahan dia mendoakan sahabatnya agar dapat menjadi tetamu Allah pada usia yang muda, sihat walafiat..amin...  Sebenarnya aku dan emaknya ada juga buat rayuan untuk pergi tapi tak dapat jawapan apa-apa setakat hari ini. Aku redha...mesti ada hikmah disebaliknya. Panjang umur..tahun depan bolih hadir Kursus Haji lagi. Biarlah kita kursus banyak kali ustaz kata...

Jadi Jaga

Asalamualaikum...selamat pagi. Pagi ni mama nak cerita pasal cik Nisa kita..lah. Dah lama dia tak buat perangai berjaga sampai pagi... semalam dia buat pulak.. walaubagaimana pun aku bersyukur... dia tak mengamuk alhamdulillah.. Dia duduk depan PC entah berapa jam aku tak tau lah..lepas tu dia tgk TV pulak..dah jemu dgn TV dia menghadap PC layan Pak Cik Shah Rukh dia lah... apa lagi. Pukul 2.00 pagi rumah ni bergema dgn lagu kuch kuch hota hai.Kadang-kadang dia dengar surah surah bacaan Syeikh Misary al Afasy.Dia pandai..semua dia bolih download. Selagi dia tak tidor selagi itu lah kita tak blh tidor. Bila kita suruh dia tidor muka nampak tak manis dah... itu sebab aku biarkan saja dia berjaga! Tak sakit kena belasah...tapi kepala sikit ada pening lah! Ini kisah hidup aku yang penuh cabaran dan dugaan. Dulu aku nak pencen awal sebab nak jaga Nisa dan memang sah sah lah aku jadi JAGA walaupun dah puas jadi JAGA untuk Negara selama 30 tahun.Inilah dikatakan kasih Ibu...Alhamdulillah ap

Harga barang naik lagi

Salam..semuanya yang sudi singgah diblog mamapencen...terima kasih. Sebulan lamanya aku tak da masa nak menulis , sibuk yag teramat sibuk! Bukan senang menjadi Ibu tunggal.. aku bangga aku seorang yang kuat dari engkau orang yang ada suami ..betul tak...? jangan marah.. Mulai hari ini jadual bermula seperti biasa. Kelas mengaji Quran ada minggu ni saja lagi...Ustazah nak berangkat ke Makkah., tapi tak apa jiran aku yang seorang lagi bolih buat kelas untuk kami Semalam aku nak masak gas habis...orang yg hantar gas cakap gas naik harga seringgit.Aduhai... semua barang naik ye...dia kata hujan je yang turun kak! Cuba kau orang bayangkan macamana seorang ibu tunggal seperti aku yang mempunyai 2 orang anak masih belajar di Universiti..? Yang seorang dapat Biasiswa JPA tak pa lah..tapi seblum masuk duit JPA tu.. kena lah hulur jgak. Yang seorang lagi baru masuk tak tau lah dapat ke tidak PTPTN sebab banyak yang tak bayar hutang! Semua pencen bulanan aku nak tanggung semua ni. Tak apalah ak

10 HARI Lagi

Ramadhan akan meninggalkan kita.....sedaya upaya aku dan ain merebut peluang solat terawih berjemaah  walaupun terpaksa bergilir-gilir untuk menjaga Nisa. Untungnya aku sebab 10 malam terakhir ini Ain dapat Cuti ABC (Allah Bagi Cuti..) Insyallah....akan ku rebut peluang yang ada ini. Semalam dah belikan baju raya Cik Nisa dan Cik Ain kita. Tapi yang sedihnya baju kurung yang ditempah tidak memuaskan hati....rasanya nak beli baju lain lah! Lain orang suruh buat... lain dibuatnya, inilah akibat terlampau banyak mengambil tempahan musim perayaan ni. Kalau tak musim raya elok je dia jahit.  Lagi 10 hari nak raya... tension jugak ni...nak balik dua hari sebelum raya..anak-anak bujang kerja.. kerja..lagi...! Nanti Highway sesak.. Kuih raya belum beli nak bawa balik kampung, baju raya tak jadi..., Nisa pulak dok naik angin...bila nak balik...bila nak balik...? Ain pulak dengan borang-borang Utem dia... yang itu... yang ini...nak photostat yang tu...yang ni... Urusan rumah tak bertangga ni
Tewas di Ramadhan ke 5  Aku dah jaga makan minum dia secukupnya. Bulan puasa dapur rumah ni ada bunyi-bunyi macam-macam waktu tengahari sebab Nisa tak puasa(memang dia tak wajib puasa). Pagi aku siapkan sarapanya..tengahari makan tengahari...kiranya bulan puasa aku tak macam orang lain bolih rehat-rehat.Tak pa aku redha. Dah kenyang dah... tapi masih mengamuk lagi tak tau nak buat apa dah!  Bila Nisa mengamuk sampai waktu asar pun tak ok lagi... jawapnya tak masak lah. Depa beli ayam percik, air cincau..Aku bukan bolih sangat makan makanan beli di pasar ramadhan sebab dia orang dah masak awal-awal..petang baru jual tapi lapar punya pasal aku belasah je!  Bangun pagi besoknya badan dah rasa lain....aku gagahkan badan pergi kelas mengaji, balik mengaji badan rasa nak demam, perut sakit...tau dah ini angkara makanan yang dibeli tu lah! Kita tak sihat... nisa pulak mengamuk...Sabar...sabar...sabar... 
RAMADHAN DATANG LAGI. Selamat menyambut kedatangan Ramadhan kepada semua yg singgah disini. Alhamdulillah kerana masih dipertemukan dengan ramadhan kali ini semoga amal ibadat yang dibuat pada kali ini  lebih baik dari ramadhan yang lepas...amin...! Sebelum ramadhan lagi aku berdoa pada Allah supaya Mood Nisa sentiasa elok sepanjang Ramadahan dan akan selalu elok sampai bila-bila...amin..!  Ramadhan kali ini rasa seronok sebab Ain ada dirumah ada orang nak tolong aku kerja rumah,Irfan pun ada, Adam pun selalu balik, Abg Ar memang duduk dirumah.Solat Terawih di Surau dekat rumah je..kalau Nisa buat hal bolih cepat-cepat balik. Kalau aku terawih Ain dok rumah jaga Nisa..bila Ain pergi aku kena jaga Nisa..jadi memang payah lah nak dapat penuh Solat Terawih.Ingat nak bawa Nisa.. tapi tak bolih. Pernah dulu bawa dia masa ada majlis baca Yasin, tak dan habis baca... mula dia cubit kaki kita lpas tu dia tarik tudung kita... aku angkat kaki keluar nak balik..keluar je pintu surau tu dia mu

Rejab

Salam semua..., Rejab dah nak abis dah...Syaaban nak datang...Ramadhan pun makin dekat. Kita kalut nak puasa Sunat... Nisa kalut dengar lagu raya. Asyik tanya baju dia bila nak siap..? Tanya abang dia bila nak beli mercun... adoii...hai! Tahun ni kita orang nak balik raya kat Pahang. Mesti seronok...aku nak naik kereta dengan anak bujang aku yang mana tak tau lagi... dua-dua bawa kereta macam F1!  

Kulim Mini Pavlova

Imej
Salam semua....apa kabar...diharap kalian sihat walafiat hendaknya. Mei ini genap 2 tahun mama pencen. Ulangtahun pencen ni mama buat MINI PAVLOVA...kalau ada nak order boleh jugak...tapi area Kulim je ye...dik.. Seberang Prai pun blh jgak lah. Macam2 idea dlm kepala mama ni ...mcmana nak tambah pendapatan. Ada kawan suruh buat lontong tapi... kalau Nisa buat perangai mcmana...? Buat Pavlova ni tak banyak kerja sangat... senduk sana, senduk sini...putar sana putar sini dah jadi. Masalahnya satu je...bahan-bahanya mahal lah sikit... nak jual shinggit karang tak balik modal lah pulak. Cuba kau orang makan kat hotel tu... berapa harga dia...? cer cite..cer cite.. mahal kan..?  Mama jual RM3  je.. minimum order 10        Contact No.0124778492  

30 april yang ku nantikan

30 april 2013 yang  sangat dinanti-nantikan..! Sekarang ni budak-budak Matrikulasi sedang berjuang habis-habisan dengan Final Exam, lepas ni Ain ada dirumah ringan sikit beban kerja aku kat rumah ni... yang penting Nisa dah ada kawan dan kalau dia mengamuk pun adalah orang nak tolong aku.... tak da lah aku bersilat sorang-sorang sebelum `Abahdepaexhusband' datang!  Aku bertuah dapat Ain Nabila yang sangat memahami susahpayah aku.... Dari darjah tiga lagi dia  dah pandai gosok baju sendiri... siap gosokkan baju abangnya sekali. Tingkatan tiga dah pandai masak. Kalau hari tak sekolah... aku arahkan saja dari pejabat apa dia kena masak...balik nanti siap hidang atas meja!

PANIK

Pukul 1.00pagi tengah tidor tiba-tiba Nisa mengigil...Sebelum ni dua tiga hari dah dia tak selera makan. Rasa badan ada panas sikit... Malam tu kebetulan semua kereta tak da, yang nasib baiknya sebab Irfan ada jadi bolihlah dia panggil jiran. Talipon jiran depan rumah tak angkat... panggil jiran sebelah tak dengar...call ABAHDEPAEXHUSBAND aku pun tak dapat. Bila Ambulan datang rasa malu pun ada.... ha..ha..ha... Nisa jalan punya laju masuk dalam Ambulan tu.  Sape panggil Ambulan...?  Jiran lah yang panggil Ambulan. Aku tau sebenarnya dia orang tak berani dengan Nisa takut dia mengamuk. 

Panas Terlampau

Nisa semakin menjadi-jadi..musim panas ni..! Disini kalau tak musim panas pun... panasnya lain macam tak mcam kampong aku di Pahang tu..tak da lah panas macam ni. Hari-hari Nisa tidor di Kampung ABAHDEPA sebab kat sana sejuk. Malam pegi sana.. besok pagi balik sini.. malam ABAHDEPA mai ambik lah tidor disana... sampai bila tak tau lah. 7 hari seminggu...7 kali Nisa mengamuk..agresif sangat-sangat!

Jiran Baru

Aku dapat jiran baru. Pasangan muda anak baru dua orang. Bukan nak cerita pasal jiran baru tapi psal emak dia. Masa buang sampah aku nampak dia depan rumah tu...aku pun pergi lah sesi beramah mesra, dia tanya aku...Anak ni duduk rumah tu ke..? itu bukan rumah cina ke...? Eeh... rumah saya lah m.cik..aku kata. Dia kata semalam ada amoi depan tu...,  Ohh.... baru aku teringat cuaca terlampau panas aku bagi Nisa pakai seluar pendek... rupanya Nisa terlepas keluar rumah tanpa aku sedari. Adooii...!  Sambung sembang lagi; @@@@bah dia putih kut...? (aiihh... mentang-mentang lah aku ni gelap ye...) "Tok wan dia macam cina" aku kata...  Abis kat situ je... dia mintak maaf banyak-banyak kat aku...dia kata semalam m.cik panggil dia... lai...lai.. mau belimbing angkat lah!  Ha..ha...ha...

Olanzapine oh Olanzapine

Nampak gayanya Olanzapine dari 10mg ke 15mg tu berkesan selama dua minggu je...sekarang dah tak berkesan lagi dah.Nisa mengamuk lagi! Kali ni aku lawan dia habis-habisan, tak da peluang dia nak mengigit. Elok sangatlah masa itu jugak Abah Depa datang,serangan beralih arah..! pakat-pakat rasa lah kan.

Che Nisa Rimas

Dua tiga hari lepas sakitnya kepala ni....semua urusan tergendala, lauk beli, kain tak basuh..! Keadaan rumah...mendukacitakan. Nisa biasa lah bangun pagi lepas sarapan dia dengan laptopnya..layan hindustan lah, upin ipin lah dan yang tak blh bla dah mula layan lagu raya ( sebab tahun ni kita orang raya kat Pahang ). Aku tgk makanan Nisa atas meja berselerak...kuah tumpahlah.. macam2 lah...eeiihh. Tengah baring-baring bersama aroma VICKS nampak Nisa macam pelik sikit kalutnya...rupa-rupanya dia mengemas rumah, abis meja di lapnya bersih! Ambik pulak penyapu disapunya lantai bersih! Tau pulak dia rimas duduk dalam rumah berselerak macam ni.Alhamdulillah... bolih jugak diharap.

KEKALUTAN BERGANDA

KALUT... hari-hari kalut tapi kekalutan semakin berganda bila Nisa masuk hospital kerana masalah haid tidak teraturnya itu! Tahun lepas masuk wad 2 hari sampai kena tambah darah sebab bleeding. Rujukan demi rujukan dengan pakar... sampai kena makan ubat hormon tapi tak o.k jugak. Kali ni bleeding dengan ada demam sekali, bawa ke hopsital tahan wad... tapi rupanya demam masalah tonsil pulak... patutlah dia tak ada selera nak makan.,sakit tekak macamana nak makan. Duduk kat wad macam-macam ubat kena makan ubat biji terpaksa direndam dgn air.., Nisa dah nak masuk 21th dah... tak reti lagi makan ubat biji cm tu. Bila waktu melawat panggil Abah Depa jaga Nisa sebab kita nak balik rumah nak basuh baju dan nak tukar baju. Tahun lepas tidor satu katil dengan Nisa...punya lah sempit...Nisa jenis tidor lasak! Kali ni aku sangat berterima kasih pada seorang nurse syif malam tu...dia bagi aku tidor katil kosong sebelah nisa. Ada satu malam tu katil sebelah tu dah ada pesakit baru masuk pulak... a

Nasi dan Orang melayu

Ape ceritenya ni.... mama nak cerite...? Nisa kalau ada sup baru nak makan nasi, ada nasi goreng baru nak makan, breakfast kalu..nasi lemak 2 bungkus licin! Mama dah tak larat nak buat sup hari-hari. Budak-budak ni kata sup mama sedap..lain dari yang lain., ialah sup tanpa ditambah bahan perasa seperti Ajinomoto dan yang sewaktu denganyalah yang banyak dipasaran sekarang ni. Bila tak makan nasi dia makan Pizza, makan laksa/laksam, mee goreng., tapi perut orang melayu ni kan...kalau dah sehari tak makan nasi mesti malam lapar jugak. Inilah yang jadi masalahnya suruh makan nasi tak mau...lepas tu lapar.Malam tak bolih tidor ... mengamuk.. pukul 3.00pagi baru tidor, pukul 4.30 pagi jaga..mama dah standby Nasi kandar lauk ayam goreng.Nisa makan licin...!! Ingatkan dah kenyang nak tidor rupanya terus berjaga hingga 8.00 pagi baru tidor. Demi menjaga kesihatan diri sendiri aku yang macam dah nak pitam ni pun tidor sampai zuhur. Rumah macam tongkang pecah... biarkan...biarkan saja!

DahKeringAyatNakMengayat

Aduhh...aduhh...aku dah kering ayat untuk mengayat Nisa, tak tau dah apa lagi ayat ayat nak ku berikan bagi membuat Nisa seronok. Nanti kalau aku cakap nanti Raya kita balik Pahang...Hari-hari aku kena mengulang ayat yang sama hingga 6 bulan...silap-silap tak sampai sebulan dia dah mengamuk ajak kita balik..stress!! Aduhai CIK NISA KU SAYANG...TOLONGLAH...TOLONG!

Tahun Baru...Harapan Baru

Selamat Datang 2013....  Malam tahun baru Nisa mengamuk lagi... dah bawa jalan-jalan pun mengamuk jugak. Berdoa dan terus berdoa itu saja lah harapan tahun baru ni mudah-mudahan Nisa sembuh. Harapan agar dapat melihat rumah kemas tak macam tongkang pecah! Harapan agar dapat gantung langsir macam rumah orang - pasang langsir Nisa mengamuk besi tu patah...langsir tercabut silap-silap pengyangkuk besi bolih kena kaki...! Harapan bolih mengantung sedikit hiasan didinding...Nisa mengamuk apa yg gantung kat dinding tu selamat....masuk tong sampah sebab memang tak bolih guna dah!