RAMADHAN DATANG LAGI.

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan kepada semua yg singgah disini. Alhamdulillah kerana masih dipertemukan dengan ramadhan kali ini semoga amal ibadat yang dibuat pada kali ini  lebih baik dari ramadhan yang lepas...amin...! Sebelum ramadhan lagi aku berdoa pada Allah supaya Mood Nisa sentiasa elok sepanjang Ramadahan dan akan selalu elok sampai bila-bila...amin..! 

Ramadhan kali ini rasa seronok sebab Ain ada dirumah ada orang nak tolong aku kerja rumah,Irfan pun ada, Adam pun selalu balik, Abg Ar memang duduk dirumah.Solat Terawih di Surau dekat rumah je..kalau Nisa buat hal bolih cepat-cepat balik. Kalau aku terawih Ain dok rumah jaga Nisa..bila Ain pergi aku kena jaga Nisa..jadi memang payah lah nak dapat penuh Solat Terawih.Ingat nak bawa Nisa.. tapi tak bolih. Pernah dulu bawa dia masa ada majlis baca Yasin, tak dan habis baca... mula dia cubit kaki kita lpas tu dia tarik tudung kita... aku angkat kaki keluar nak balik..keluar je pintu surau tu dia mula dah agresifnya..sepanjang2 jalan nak sampai ke rumah teruk aku kena belasah..dengan tudung tercabut entah kemana.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepada Mu Berserah

Jumpa Orang Pencen