Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

ELAUN OKU NAIK

Asalamualaikum semua.., sebulan setengah menyepi diri kerana sibuk dengan urusan rumah yang tak bertangga. Ari ni nak ucapkan terima kasih kat PM sebab naikkan 50 ringgit duit elaun OKU. Maknanya mula bulan Januari Cik Nisa kita dapatlah 200 ringgit. SYUKOR..daripada tak dapat langsung betul tak...?? Untuk habuan duit pampers orang kata.Musim hujan ni ...nampak gaya sekejap je pampers tu selesai...Nak buat macamana kan!  Mama nakcerite pulak pasal operate tonsil Cik Nisa. Baru-baru ni tak jadi operate lagi sebab dia "NOT IN THE MOOD "  Doktor kata buat 4Nov2014...tak bolih jugak ...nak pergi abang dia konvo di JB. Akhirnyadpatlah tarikh 13Nov.2014 ..tak tau lah jadi   tak... Minta-minta tak adalah apa-apa yang jadi pulak. Kalau kita orang banyak duit bolih suka-suka hati minta doktor buat operate bila-bila kita suka....berlambak Hospital Swasta tapi siap duit lah!

TONSIL

Assalamualaikum....salam satu Malaysia kepada yang sudi menyinggah. Lama jugak tak menulis... sibuk sesibuk sibuknya..mula puasa lepas tu raya pulak . Lepas raya sibuk pulak dengan Chik Nisa kita nak operate tonsil. Sekejap pegi jumpa Doktor ENT lepas tu pegi jumpa Pakar Bius, sampai tarikh nak operate dia demam, batuk dan macam-macam lah, tangguh lagi...  Sebenarnya susah hati jugak bila dia nak kena masuk hospital ni, tak mengamuk tak pe... mengamuk kalu....susah!  Mana taknya hidup tak bebas duduk atas katil je..tak da TV, tak da Komputer. Sebelum operate nak kena puasa pulak...tapi tak pe kita mintak depa buat Cik Nisa dulu. Nak biarkan saja tak operate tak bolih jugak sebab doktor kata nanti dia akan menganggu organ lain seperti jantung dan buahpinggang kerana kekurangan oksigen. Sama-sama lah kita berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan samaada sebelum pembedahan, semasa pembedahan dan selepas pembedahan, Aminn...

RAMADHAN JANGAN PERGI

Ramadhan akan pergi jua meninggalkan kita....terasa belum puas mendakapnya..begitu pantas masa berlalu, kini kita menghitung hari-hari terakhir Ramadhan.Mudah-mudahan segala amal yang dilakukan diterima Allah, aminn... Dan bakal berjumpa Ramadhan tahun-tahun akan datang. Syawal bakal menjelma... persiapan menyambut  aidil fitri bagi keluarga kami ala kadar saja, dua minggu lepas raya Nisa kena masuk wad nak buang tonsil...ada ketumbuhan dalam hidung, banyak doktor nak buat tu...doakan Cik Nisa kita selamat ye. Yang pentingnya sebelum pembedahan dia tak mengamuk sebab sebelum operate kena puasa , dia mana tak blh makan..., pagi-pagi mesti kena makan lah. Masa lepas pembedahan satu hal lagi...nak makan mesti sakit... mcmana nak buat tu..?  SALAM TAKZIAH KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA MH17 SEMOGA DIBERI KEKUATAN MENGHADAPI MUSIBAH INI...AMINN.

OKU OKU OKU

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK 1435H....SEMOGA RAMADHAN INI BUKAN RAMADHAN TERAKHIR UNTUK KITA...AMINN. Hari ini Mama Lia (sebut betul-betul bkn MAMALIA ye.) nak menyentuh isu yang hangat sekarang ni..apalagi kalau bukan kisah dua orang OKU yang dikatakan dikurung tu lah! Ada yang menyalahkan ibu Firdaus, ada yang menyalahkan abang Nasitah..tak kurang yang memaki hamun di dalam FB dan ada yang menyalahkan kerajaan! Saya adalah seorang ibu kepada anak OKU dan nak bagi tau kat sini....bukan senang sebenarnya menjaga Orang Kelainan Upaya ini, anda kena ada kesabaran yang tinggi dan jangan lupa memohon bantuan dari Allah semoga diberikan badan yang sihat...sihat di sini bermaksud sihat MENTAL DAN FIZIKAL. Perbelanjaan juga tinggi...anak anda Normal pakai lampin masa kecik-kecik, anak kami pakai lampin sampai sekarang...mcm Cik Nisa kite...ni.. Tidor malam kena pakai pampers...beli pampers murah cepat bocor nya...kena beli pampers mahal baru okay. Saya bersyukur kerana  dulu kerja kerajaan pe
Assalamualaikum semua......,  Hampir 3 bulan mama tak bercerite...bukan tak da cerite..tapi tak da masa...!  1hb mei  cukup tiga tahun memegang status Pesara, 5hb Mei Cik Nisa kita pulak sambut harijadi ke 22th... tolak 10 tahun.. maknanya Nisa baru berumur 12 tahun... begitulah perkiraaanya untuk Austism. Austism kah Nisa...? Slowlearner kah Nisa...? Skizofrenia kah Nisa...? kategori yang mana satu....? aku pun tak tahu...! Adakah kita kekurangan pakar Austism di Malaysia dan akhirnya anak dara ku ini di kategorikan sebagai Skizo....?  Anak aku Lima orang yg sulung, kedua, ketiga 11bln sudah bolih berjalan, 4 - 5 tahun dah bolih baca buku  tapi Nisa.... umur setahun empat bulan baru bolih jalan... masuk darjah tiga tak pandai baca lagi... dalam kelas cikgu mengajar didepan dia tengok keluar sambil makan roti. Aku bawa Nisa jumpa doktor dan masa itu .....13 tahun yang lalu...Nisa di sahkan sebagai slowlearner...dan Austism., Nisa mula belajar di kelas Pendidikkan Khas. Bila masuk tin

Elaun OKU

Asalamualaikum semua.... yang sudi singgah...yang sudi baca... blog mama yang dah pencen ni... rupanya dah hampir tiga tahun aku memegang status Pesara dan sudah sebelas tahun memegang status IT. Alhamdulillah... syukur pada Allah kerana masih dapat merasakan nikmat bernafas dimuka bumi di bulan February ini... aminn..  Apa citenya  mama ari ni... yerk...??  Kos hidup semakin tinggi... pegi pasar beli ikan kembung dah lah tak fresh langsung...mahal pulak tu! Nak makan pucuk paku, pucuk ubi kayu pun kena beli...sehinggit jgk lah tu! Beli nasi lemak yang selalu aku beli tu... tak naik harga...baguslah lah tu..tapi bungkusnya makin kecik... tak bolih blah!    Elaun OKU Cik Nisa kite ni....satu hal pulak... tak naik-naik ke..? dok RM 150 je... Kalau Cik Nisa Kerja dia bolih dapat RM300 itu kata orang Jabatan yang berkenaan.... Nak kerja apa..nye..??? Tunggu giliran gunting rambut kedai cina tu pun... kalau lambat dia nak mengamuk...!!!  Macam nak marah je ni...baik aku pegi dobi baju...J

2014

Assalamualaikum semua..., selamat menyambut tahun baharu 2014! Kini usia kita bertambah lagi...alhamdullilah syukur kepada Allah yang memberi peluang melihat dunia 2014 ini. Makin terasa dekatnya dengan kematian. Cukupkah amal untuk bekalan sepanjang menjadi penghuni di rumah yang sempit, gelap dan sunyi sementara menanti hari kebangkitan semula...? Adakah ruang sempit nanti menjadi luas atau di himpit-himpit? Adakah ia menjadi taman-taman syurga atau menjadi lubang-lubang yang mengerikan...? Mari lah kita menjadi lebih baik dari 2013 peluang yang ada jangan di sia siakan.