TONSIL

Assalamualaikum....salam satu Malaysia kepada yang sudi menyinggah.
Lama jugak tak menulis... sibuk sesibuk sibuknya..mula puasa lepas tu raya pulak . Lepas raya sibuk pulak dengan Chik Nisa kita nak operate tonsil. Sekejap pegi jumpa Doktor ENT lepas tu pegi jumpa Pakar Bius, sampai tarikh nak operate dia demam, batuk dan macam-macam lah, tangguh lagi... 
Sebenarnya susah hati jugak bila dia nak kena masuk hospital ni, tak mengamuk tak pe... mengamuk kalu....susah!  Mana taknya hidup tak bebas duduk atas katil je..tak da TV, tak da Komputer. Sebelum operate nak kena puasa pulak...tapi tak pe kita mintak depa buat Cik Nisa dulu. Nak biarkan saja tak operate tak bolih jugak sebab doktor kata nanti dia akan menganggu organ lain seperti jantung dan buahpinggang kerana kekurangan oksigen. Sama-sama lah kita berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan samaada sebelum pembedahan, semasa pembedahan dan selepas pembedahan, Aminn...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepada Mu Berserah

Jumpa Orang Pencen