Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Kencing Manis

Assalamualaikum yang sudi singgah atau tersinggah..., Lama tak bercerite psal Cik Nisa, lepas raya Cik Nisa mengamuk sakan...huru hara sungguh rumah kami, sessi pujuk memujuk tak berkesan langsung nak menenangkan dia. Mama ada perasaan air kencing berbuih dan dia kerap kencing pulak tu lalu bawa pi buat Ujian darah, tiga hari lepas tu dapat result ..terkejut monkey lah kami semua rupanya gula tinggi 18 you! Kolesterol pun 7 lebih nak pi 8 dah! Doktor kata bila gula terlalu tinggi kita yang normal ni pun bolih jadi hyper, dia lagi lah kann..! So, sekarang makan ubat kencing manis lah Cik Nisa kite... kesiann kan. Nampaknya makin bertambahkan Klinik Klinik pakar yang kena diziarahi Cik Nisa kite.  ENT, O&G, Pakar Pemakanan,Pergigian. Ini kita jaga makanan dia.. kalau tak jaga tak tau lah! Cik Nisa tak suka nak keluar beriadah itu yang susahnya.