Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Okay ke....?

Baru 3 hari hari balik dari Putrajaya.... Nampak o.k je...setakat hari ni. Mudah-mudahan Nisa tak mengamuk dah. Nisa asyik nak pakai baju kuning T.shirt sekolah Bukit Sekilau, nasib baik mak long tolong belikan kat Kuantan tak payah lah mama nak bawa Nisa balik Pahang semata-mata nak beli T.Shirt tu. T.Shirt masih di jemuran pun dia nak pakai... tak pe.. ambik lah janji kau tak mengamuk...!!

Nisa Nak Jalan-Jalan lagi...

Dah beberapa minggu Nisa mengamuk nak jalan-jalan, mama sebenarnya tak mau pi.. tapi demi Nisa kena pi jugak, kebetulan sepupu dia baru bersalin jadi bolih lah pi tengok baby. Hari ini kami pi naik bas dua orang... Nisa mesti seronok punya.. Malam tadi pun tidor awal..kalau tidak sorry lah..., pukul 12 baru tidoq.

Ada ape dalam rahim?

12-12-12 temujanji Nisa dengan Doktor Pakar Sakit Puan. Dulu nisa pernah masuk wad dua hari kerana bleeding...scan tak da fibroid.  Baru-baru ni macam tu jgak.. tak da lah bleeding mcm dulu tapi tak abis-abis ada je..spotting. Doktor scan lagi dan didapati ada isi lebih dalam rahim...isi apa? bahaya ke..? doktor buat ujian darah pulak...tapi semuanya normal kata doktor..semuanya sangat baik kata doktor. Habis benda apa kah itu...? Ada benda lain menumpang dalam rahim dia ke? Jin dan iblis ni sangat kreatif kata Haji Lokman dalam surat kabar baru ni... Entahlah...mama tak tau nak cakap ape..!

Jumpa Orang Pencen

Hari ni pi Hospital dpat nombor 1053 nasib baik jumpa kawan lama, lama lah berboraknya tau tau dah nombor 1050... selamat tak terasa pun menunggu lama. Apa yang mama dapat dari borak-borak tadi  ialah kadang-kadang kita rasa kita ni susah...tapi ada orang lain lebih susah dari kita.

Al Hidayah..Nisa

Jumaat baru ni mama bawa Nisa berubat dengan Haji Lokman.Dia suruh baca Surah Al Baqarah...Nisa tak pandai baca jadi mama lah yg baca. Mujarab ke..? nanti kita tengoklah ye..doakan lah supaya Nisa cepat sembuh.. Amin.

Nisa Mengamuk Lagi.........!

Dah  lama mama tak bercerita..... haa.. ari ini mama nak cerite.Kalau sudi baca tu terima kasih lah.. yg tak sudi dan mungkin merasa bosan dgn blog mama yg tak seberapa ni tak pe lah mama tak marah... ialah mama ni kan status mama pencen..(rasa rendah diri lah pulak)! Mama nak cerita tentang buah hati mama NISA lah..ni.  Dia mengamuk lagi teruk jgak lah mama kena belasah! Lebam lagi tangan mama ni kena gigit dak Nisa...!! Sakit sangat korang tau....tapi mama tetap sabar...  Dia mengamuk sebab nak pergi tengok Sekolah lama dia kat Kuantan tu..Sek.Keb.Bukit Sekilau. Hai...dia ingat dekat ke..? susahlah dia tak faham nak buat mcmmana....kan. Baru bulan lepas dah balik Kuantan  tak kan nak balik lagi. Pokaii...! 7hb.Dec . mama nak bawa Nisa berubat dengan Haji Lokman (Perubatan Al Hidayah) dia orang akan turun Penang nanti...so kita tgk lah...mcamana keberkesanannya keatas Nisa okay...

Bila aku mengamuk

Sabar..sabar... bawa mengucap....,   Tapi hilang sabar juga akhirnya aku hari ni. Dah dua hari dah Nisa dok naik angin je.  Bangun tidor, dalam bilik air dah mula merengek...nasib aku dah siap masak. Bagi makan nasi sesuap dua je dia makan..lpas tu mula lah...nak mengamuk. Dia mengigit lagi... adoii..adoii...sakitnya! lebam yg hari tu baru nak hilang dah kena lagi. Hai... macam ni kalu..aku panggil ambulan hantar masuk wad Jalan Perak! Aku pergi dapur ambil senduk buluh aku cakap kat Nisa mcm ni..." Mai mama katuk kepala hang bagi pecah.."sambil aku melibas - libas senduk tu kat dia...kelakar kan!! 

Kepada Mu Berserah

Sepuluh hari telah berlalu.....habis lebam tangan aku digigit Nisa! Setiap hari mengamuk, kalau pagi ok, petang dia mengamuk, kalau petang o.k. malam bila nak tidor tu dia mengamuk jugak. Hari-hari mengamuk mana tahan macam ni. Dua hari lepas dia tidor pukul satu pagi, susahnya nak tidor.. kalau dia dgn laptop tu tak pe lah.. ini tak, mengamuk.. semuanya tak kena... terok aku kena belasah!  Nisa ni bila mengamuk mula lah dia tunjuk sana sini.. atas siling lah... bawa katil lah...hai macam2 lah! Dulu ada org datang pulihkan rumah...Kau orang nak tau apa org tu kata..., tu atas almari banyak...benda halus..aku tengok dia mcm tangkap sesuatu lepas tu masukan dalam botol... dia kata buang kat laut...kononnya lah..! aku ni memang tak percaya langsung benda-benda gitu...!  Dua hari lepas tu Nisa mengamuk macam tu jgak lah!  Baru-baru ni aku panggil Polis datang...aku nak suruh ambik je Nisa masukkan ke rumah sakit jiwa, memang kalau ikutkan doktor kalau dah aku ni sampai lebam-lebam Nisa tu

CUTI-CUTI MALAYSIA - NISA

Imej
5 hari di Kuantan.... Tengok lah Cik Nisa kita ni...lambat sikit sarapan muka dah tak manis...mcm ni lah kalau Nisa lapar. Bila dah kenyang... cer tgk...cer tgk...

Nak Balik... Nak Balik

Nak Balik... Nak Balik.. Nak Balik Hari hari Nisa asyik ngamok nak balik Kuantan.Macam tu lah Nisa.... ada ada saje tuntutanya! Ingat dekat ke..? Abang-abang keja semuanya, nak naik bas dua orang je... harap-harap dia tidor dgn lena tak jaga-jaga biar jaga bila dah sampai Kuantan.Nak gembirakan hati dia terpaksa lah! yang sebenarnya mama dia malas nak balik sebab bila balik kampong tekak ni nak makan je...ye lah dah lama tak makan macam-macam masakan orang Pahang...sebab AKU ANAK PAHANG!

Mengamuk lagi..........

Imej
Aduhai... sayangku Nisa kenapa kau tampar mama? kenapa kau gigit mama..? why...why..? Nak kata lapar dah kenyang..berbagai macam dah masuk ke perutmu sayang.., dari pagi sampai malam. Umur kau 20 tahun, bukan 2 tahun... herot muka mama ni kena penamparmu! 

Kisah SiTanggang Moden

Pagi ini.....aku membelek surat khabar semalam yang tidak sempat dibaca. Hati terpaut dengan sebuah Cerpen bertajuk Nenek Facebook.... al kisah seorang nenek di hadiahkan olih cucunya sebuah laptop dan cucunya pula telah membuka akuan FB dengan nama orang-orang muda. Katanya kalau orang tahu kita tua orang tak layan nanti... bila orang muda mesti banyak nak jadi kawan kita! Nenek tersebut ada  tiga orang kawan FB lelaki pertama Yang Berhormat, Kedua Ustaz dan ketiga tak disebut kerja apa..pegawai besarlah agaknya..  YB selalu updated status pegi sana sini.. tolong anak bangsa..majlis amal.Ustaz pun begitu jgak...sibuk majlis amal dan lain-lain. Pegawai besar pulak updated status...baru balik dari Temerloh beli ikan Patin isteri teringin nak makan. Kerana FB nenek muda belia... semua kawan-kawan tu suka lah nak melayan nenek. Nenek selalu tanya raya tak balik kampong ke...? Emak ada lagi ke..? Peliknya kawan-kawan tu macam tak suka nak jawab soalan nenek... Pada besoknya nenek pulangkan

Nisa Cat Rumah

Seminggu je lagi nak Raya...Cat masih dalam tong. Apa dah jadi ..? malas... malas... malas... yang amat sangat ni...? hai anak-anakku.., kalau korang buat kau orang dapat pahala daripada kau orang tidor tak ingat nak bangkit... tu..! Nisa yang OKU tu pun tau... tengok rumah kita tak macam rumah orang lain..akhirnya semalam Nisa kata biar dia lah yang cat.. Aku buka cat tu...dan Nisa pun mula lah mengecat! Sukahati dia lah...cat je lah janji dinding yg putih tu dah bertukar warna terang yang ceria!  Berpeluh-peluh Nisa mengecat..habis sekerat dinding...okay lah tu.

Cerita Cat Raya

Seminggu puasa aku dah beli cat. Dah lama tak cat rumah... buruk nampaknya. Tahun lepas raya kat kampong aku tak kisah. Tahun ni nak raya kat sini ni... dah beli cat ada dah yang mengaku nak cat tapi cat separuh dia tinggal... Nak tunggu ni... ada sorang lagi mengaku nak tolong cat..bila tak tau lah. Dia kata bila off day. Sabor je lah...

Aku, Nisa dan Ramadhan

Hari ini  masuk hari ke 7 puasa. Agak seronok menyambut puasa kali ini kerana Kak Long datang  megang puasa disini dan Nisa macam tu jgak lah...   Hari ke 3 puasa dia mengamuk  lagi 10 minit berbuka puasa..sempat makan kurma dengan Teh  O  saja. Hari ke 6 puasa Nisa mengamuk pkl 12.00 malam berlarutan hingga ke  jam 3 pagi. Teruk... memang teruk.  Tak cukup tidor lah aku nasib ada  Kak Long bolih lah dia siapkan sahur. Bulan Ramadhan yg mulia penuh keberkatan ini aku sedaya upaya cuba untuk bangkit solat Tahajud, Taubat dan Hajat tapi kekadang bila Nisa mengamuk susahlah...! Ya  Allah berilah aku kekuatan mental dan fizikal. Nak kata dia lapar tak mungkin sebab bulan Ramadhan ni...mewah makan lah dia..,Bazaar Ramadhan kan ada.. sebut je.. semua ada. Dia bukannya puasa dan memang tak wajib puasa pun orang macam Nisa tu. Kita tengok lah nanti sepanjang bulan puasa ni berapa kali Nisa mengamuk dan berapa banyak lebam ditangan di kaki aku ni kena gigit dak Nisa..

Nisa nak baca Al Quran

Seminggu dua ni selang sehari Nisa mengamuk  teruk lah aku kena gigit dan kena tampar dak Nisa. Terbaru semalam Nisa ikut Abahnya  balik kampong. Malam baru balik..aku tengok kereta mengundur nak parking tapi nampak macam dia mengerjakan Abahnya dalam kereta. Dia buat dah...dia buat dah aku lari nak masuk bilik tapi tak sempat! Aku pulak dikerjakan dak Nisa..aduii...sakit!Abahnya yang selama ni  pantang kalau sebut nak hantar Nisa pegi Hospital dah mengalah dah..beriya-iya suruh aku call Polis. Aku call dia orang kata akan datang lambat sikit lah dia orang kata..aku tak kisah lah dah biasa dah. Dalam pada tu aku pun meneruskan sesi pujuk memujuk Nisa. Akhirnya Nisa bangun masuk bilik ambik Al Quran suruh baca kat dia tapi aku simpan balik, aku ambik buku MANZIL. Aku tanya aku nak baca apa..? pandai pulak Nisa... mula2 dia tunjuk 3 Qul...lpas tu Surah Al Baqarah Alif..lam..mim.. ayat kursi..lpas tu Lauanzalna....    Nisa dah tenang... dia nak mandi..lpas mandi dia ambik Quran suruh aku

LOKAP

Setahun dah aku pencen dengan harapan setinggi gunung mengharap Nisa tak mengamuk... tetapi inilah takdir,aku redha.Nisa masih naik angin tak tentu pasal walaupun aku jaga emosinya.. makan minumnya dengan baik. Ubat yang doktor bagi makan setiap hari tak pernah tak makan, kaedah rawatan Islam juga dah juga tapi Nisa masih macam tu jugak.Aku makin berumur.. badan makin tak larat dan Nisa semakin dewasa dan semakin kuat tenaganya. Aku berkira-kira sekarang ni nak hantar Nisa ke rumah Sakit Jiwa. Bila dia mengamuk teruk2 nanti panggil Polis dan ambulan hantar lah ke Hospital biar dia masuk wad. TAPI.... rasa tak sampai hati pulak! Doktor dah bagi tahu hari tu kalau dah membahayakan orang sekeliling hantar masuk wad lah.Berapa lama dia nak duduk di wad tu..? nanti keluar kalau o.k tak pe lah, tapi yang aku dok nampak selama ni banyak orang keluar masuk wad tapi tak o.k jugak...!   Adalah kawan aku anak dia lelaki lagi besar tubuh badannya satu bilik tu dia buat khas untuk anak dia tu..dia

Nisa Dan Kolesterol

Aku melihat ditangan kiri ku... aduh..!  lebam bekas gigitan Nisa malam semalam. Baju aku pula koyak kerana ditarik kasar olih Nisa... Inilah kehidupan ku... Sebulan lebih Nisa tak mengamuk teruk2 begini...Ini semua salah aku... aku Suruh Nisa berpantang sikit..Aku dah bawa NIsa ke Klinik buat pemeriksaan keseluruhan.. takut2 ada masalah hati sebab perut dia buncit dan dia pulak dah lama makan ubat Olanzapine untuk jiwanya tu. Hasilnya doktor kata penyakit lain tak da cuma kolesterol tinggi... 6.7   maknanya macam aku jugalah. Petang semalam aku bagi Nisa minum petang dengan biskut dan Oat saja., selalunya mee goreng mamak lah.., char ketiaw lah.. mcam2 lah! Pukul 7.00 pulak baru bagi makan malam. Lepas tu baru blh kita nak sembahyang magrib dengan tenang. Tapi semalam pukul 6.00 dia dah buat perangai... aku tahu lah tu... tadi minum petang tak kenyang lah tu. Aku pujuk kata nanti mama buat nasi goreng kat Nisa, pandai pulak dia suruh aku masak nasi goreng perencah! Aku buat nasi go

TENTANG NISA

Asalamualikum.. semua yang sudi menyinggah dan menatap kisah anakku Nisa. Syukur pada Allah...Mulai 13 Jan 2012 hingga hari ini  Nisa tak pernah mengamuk teruk-teruk, aku pun tak da lah lebam sana sini dibelasah Nisa. Kalau ada pun dia merengek sikit2 je sebab lapar... aku pun memang jaga makan minum dia sepenuhnya. Sehari 5 kali makan! Dulu kalau dia nak mengamuk tak kira lapar ke.. kenyang ke... nak jadi mengamuk tu akan jadi jgak lah. Sebenarnya aku pernah menonton TV  dimana seorang ustazah telah memberitahu jika dalam keluarga ada masaalah macam nisa ni...  bacalah Surah Al Baqarah atau pasang CD ke.. pasang tiap2 hari dia kata...Insyallah. Aku telah mendownload surah Al Baqarah bacaan Sheikh Mishary Rashid Alafasy. Pagi2 aku pasang, dekat magrib aku pasang..alhmadulillah nampak sangat perubahan Nisa. Kita duduk dalam rumah pun rasa tenang. Disamping itu aku jugak selalu baca ayat kesembilan surah Yassin... dan beberapa doa yang aku ambil dari buku DOA, ZIKIR & MUNAJAT yan

Adatalipontapiorangcalltakangkat--penyakit apakah itu?

Beli talipon mahal..sampai dua tiga ..orang call tak angkat, hantar mesej pun tak jawap adalah juga satu penyakit. Penyakit berkaitan hati.. betapa kita ni hati kering... tak da perasaan....tak peka dan tak segala tak..lah...!!!   Jika anda tergolong  dari golongan penyakit tersebut  sila lah buat rawatan....Buruk akibatnya jika tidak dirawat segera. Katakan anda seorang ayah.....Isteri talipon nak bagi tau anda demam teruk dan dimasukkan ke hospital...skrg jangan buat main demam2 ..mati.!! lpas tu call tak dpt nanti anda juga menyesal.  Kalau anda isteri pulak.... tapi isteri tak pyah cerita lah dia orang adalah makhluk Allah yg sangat PEKA dan tidak PEKAK! Kalau anda seorang anak pulak...... Entah2 mak kau ke... ayah kau ke....kena serangan jantung....kau jugak yg menyesal. DAN KALAU ANDA SEORANG KEKASIH........ tak perlulah risau sebab selagi kau bergelar kekasih kepada seseorang selagi itulah kau tak tak akan dapat penyakit ni .Kau call orang akan jawap, kau hantar msj pun

Sape caLL tu........?

Pagi tadi talipon ku berbunyi aku tgk kat skrin Mr.Z yang call.. dua kali dia call.. malaslah aku nak jawab aku tengah sibuk dengan kedai dobi aku tu! Biarlah dia..ari tu aku call dia tak jawap jugak.., mentang-mentang lah aku dah pencen!  Apa-apa pun kenangan aku bersama dia akan tetap dalam ingatan...ceh..ceh..wahh! Dia sahabat baik aku dan dia juga seorang pendengar yg baik... Isteri dia sangat beruntung memiliki suami seperti dia dan sebab itu lah cemburu sangat dia dengan aku ni takut2 aku ni nak kebas laki dia..! Tak pernah terniat dihati ini untuk mempunyai suami lagi, bukan takbur tapi itu lah hakikatnya aku lebih senang sendirian begini. BUAT SEMAK KELAMBU JE.....ha..ha..ha... Tapi kalau ditakdirkan bertemu jodoh lagi siapa kita untuk menolaknya betul tak..?

Sembang sembang je lah...

Asalamualaikum semua yang sudi singgah atau tersinggah di Blog Mamapencen13 ....yang asalnya mamapencen je tapi ada masaalah sikit..tukar jadi mamapencen13. Apa-apa lah kan..yang penting blog aku ni tempat aku bercerita apa saje... Hari ni dah hari kelima tahun 2012.......... 1hb..Nisa mengamuk... 2hb...Nisa mengamuk...3hb..Nisa mengamuk..jugak..bagi ubat tiap2 hari tak pernah tinggal masih mengamuk jgak...nak buat macamana lagi...? 4hb Nisa okay.. malam dia layan cerite Hindusatan Dil To Pagal Hai...kalau dgn Shah Rukh Khan tu...bukan main lagi lah...pukul 1.20am cite tu abis..baru dia tidor dengan amannya!  Kalau hari-hari yg dia okay tu...layan lagu Hindustan Filem Shah Rukh Khan kat Laptop. Aku ajar dia download dari You tube...bila dia dah pandai ...abis semua dia download..! itu kalau okay...sape pun tgk tak sangka dia belasah aku cukup2 kalau tiba angin mengamuk tu. Kalau TV pulak... dia tgk Channel 615 je...dok kat laptop tv tetap on .. sekejap tv..sekejap internet.. 4hb.