TENTANG NISA

Asalamualikum.. semua yang sudi menyinggah dan menatap kisah anakku Nisa.
Syukur pada Allah...Mulai 13 Jan 2012 hingga hari ini  Nisa tak pernah mengamuk teruk-teruk, aku pun tak da lah lebam sana sini dibelasah Nisa. Kalau ada pun dia merengek sikit2 je sebab lapar... aku pun memang jaga makan minum dia sepenuhnya. Sehari 5 kali makan!
Dulu kalau dia nak mengamuk tak kira lapar ke.. kenyang ke... nak jadi mengamuk tu akan jadi jgak lah. Sebenarnya aku pernah menonton TV  dimana seorang ustazah telah memberitahu jika dalam keluarga ada masaalah macam nisa ni...  bacalah Surah Al Baqarah atau pasang CD ke.. pasang tiap2 hari dia kata...Insyallah.

Aku telah mendownload surah Al Baqarah bacaan Sheikh Mishary Rashid Alafasy. Pagi2 aku pasang, dekat magrib aku pasang..alhmadulillah nampak sangat perubahan Nisa. Kita duduk dalam rumah pun rasa tenang. Disamping itu aku jugak selalu baca ayat kesembilan surah Yassin... dan beberapa doa yang aku ambil dari buku DOA, ZIKIR & MUNAJAT yang didengari ALLAH olih Uztaz Zahazan Mohamad. Aku jugak tidak lupa untuk baca jugak sendiri Surah Al Baqarah selepas solat. Aku dapatlah rehat sikit sekarang ni...otak pun tak serabut ingat pasal kerja sebab aku dah pencen dan mengamuk Nisa dah berkurangan. Kalau
Nisa dah betul-betul sembuh baru lah aku nak mula balik buat decoupage aku tu... sekarang ni color kemana... berusnya entah dimana...minat nak buat tapi tak da masa. Semoga Nisa akan sembuh sepenuhnya....Aminn.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepada Mu Berserah

Jumpa Orang Pencen