Nisa Dan Kolesterol

Aku melihat ditangan kiri ku... aduh..!  lebam bekas gigitan Nisa malam semalam. Baju aku pula koyak kerana ditarik kasar olih Nisa... Inilah kehidupan ku... Sebulan lebih Nisa tak mengamuk teruk2 begini...Ini semua salah aku... aku Suruh Nisa berpantang sikit..Aku dah bawa NIsa ke Klinik buat pemeriksaan keseluruhan.. takut2 ada masalah hati sebab perut dia buncit dan dia pulak dah lama makan ubat Olanzapine untuk jiwanya tu. Hasilnya doktor kata penyakit lain tak da cuma kolesterol tinggi... 6.7   maknanya macam aku jugalah.

Petang semalam aku bagi Nisa minum petang dengan biskut dan Oat saja., selalunya mee goreng mamak lah.., char ketiaw lah.. mcam2 lah! Pukul 7.00 pulak baru bagi makan malam.
Lepas tu baru blh kita nak sembahyang magrib dengan tenang. Tapi semalam pukul 6.00 dia dah buat perangai... aku tahu lah tu... tadi minum petang tak kenyang lah tu. Aku pujuk kata nanti mama buat nasi goreng kat Nisa, pandai pulak dia suruh aku masak nasi goreng perencah! Aku buat nasi goreng pakai minyak zaitun tak pakai perencah mana nak sama dengan yang dikedai Tom Yam tu yg berlinang dengan minyak nasi gorengnya..kan..!
Aku tengok Nisa dah lain macam... tak dan buat macam ni nampak gaya... aku suruh abang dia pegi beli Nasi Goreng Kampung kedai Tom Yam..belum abis aku ckp dgn abang nya dia tarik aku... koyak baju! lepas tu  Nisa gigit aku... sakit..sakit..sakit...!

Ini saja catatan aku hari ini....bersara awal nak jaga Nisa...kasih Ibu membawa ke syurga..Aminn.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepada Mu Berserah

Jumpa Orang Pencen