Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Kisah SiTanggang Moden

Pagi ini.....aku membelek surat khabar semalam yang tidak sempat dibaca. Hati terpaut dengan sebuah Cerpen bertajuk Nenek Facebook.... al kisah seorang nenek di hadiahkan olih cucunya sebuah laptop dan cucunya pula telah membuka akuan FB dengan nama orang-orang muda. Katanya kalau orang tahu kita tua orang tak layan nanti... bila orang muda mesti banyak nak jadi kawan kita! Nenek tersebut ada  tiga orang kawan FB lelaki pertama Yang Berhormat, Kedua Ustaz dan ketiga tak disebut kerja apa..pegawai besarlah agaknya..  YB selalu updated status pegi sana sini.. tolong anak bangsa..majlis amal.Ustaz pun begitu jgak...sibuk majlis amal dan lain-lain. Pegawai besar pulak updated status...baru balik dari Temerloh beli ikan Patin isteri teringin nak makan. Kerana FB nenek muda belia... semua kawan-kawan tu suka lah nak melayan nenek. Nenek selalu tanya raya tak balik kampong ke...? Emak ada lagi ke..? Peliknya kawan-kawan tu macam tak suka nak jawab soalan nenek... Pada besoknya nenek pulangkan

Nisa Cat Rumah

Seminggu je lagi nak Raya...Cat masih dalam tong. Apa dah jadi ..? malas... malas... malas... yang amat sangat ni...? hai anak-anakku.., kalau korang buat kau orang dapat pahala daripada kau orang tidor tak ingat nak bangkit... tu..! Nisa yang OKU tu pun tau... tengok rumah kita tak macam rumah orang lain..akhirnya semalam Nisa kata biar dia lah yang cat.. Aku buka cat tu...dan Nisa pun mula lah mengecat! Sukahati dia lah...cat je lah janji dinding yg putih tu dah bertukar warna terang yang ceria!  Berpeluh-peluh Nisa mengecat..habis sekerat dinding...okay lah tu.

Cerita Cat Raya

Seminggu puasa aku dah beli cat. Dah lama tak cat rumah... buruk nampaknya. Tahun lepas raya kat kampong aku tak kisah. Tahun ni nak raya kat sini ni... dah beli cat ada dah yang mengaku nak cat tapi cat separuh dia tinggal... Nak tunggu ni... ada sorang lagi mengaku nak tolong cat..bila tak tau lah. Dia kata bila off day. Sabor je lah...