Kisah SiTanggang Moden

Pagi ini.....aku membelek surat khabar semalam yang tidak sempat dibaca. Hati terpaut dengan sebuah Cerpen bertajuk Nenek Facebook.... al kisah seorang nenek di hadiahkan olih cucunya sebuah laptop dan cucunya pula telah membuka akuan FB dengan nama orang-orang muda. Katanya kalau orang tahu kita tua orang tak layan nanti... bila orang muda mesti banyak nak jadi kawan kita! Nenek tersebut ada  tiga orang kawan FB lelaki pertama Yang Berhormat, Kedua Ustaz dan ketiga tak disebut kerja apa..pegawai besarlah agaknya..  YB selalu updated status pegi sana sini.. tolong anak bangsa..majlis amal.Ustaz pun begitu jgak...sibuk majlis amal dan lain-lain. Pegawai besar pulak updated status...baru balik dari Temerloh beli ikan Patin isteri teringin nak makan. Kerana FB nenek muda belia... semua kawan-kawan tu suka lah nak melayan nenek. Nenek selalu tanya raya tak balik kampong ke...? Emak ada lagi ke..? Peliknya kawan-kawan tu macam tak suka nak jawab soalan nenek... Pada besoknya nenek pulangkan semula laptop pada cucu dia, katanya... FB melalaikan... baca al Quran lagi bagus. Selepas cucu saudaranya pulang tiba-tiba nenek terkenang anak-anak lelakinya yg tiga orang dah lama tak balik menjenguknya di kampong...siapa anak2nya..tak lain tak bukan kawan FB dia tu lah anak-anaknya.Begitulah kisahnya isteri nak makan ikan patin sanggup ke Temerloh ..tapi ibu sendiri dibiarkan kesepian.

Itu surat kabar semalam....itu hanya sebuah cerpen.....surat kabar hari ini pulak...lagi sedih hati aku ni...!
Tabik aku pada Puan Munji kerana menubuhkan Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas walaupun dia sendiri ada lah pesakit barah. Menurut Munji ada kalangan orang-orang tua dihantar ke situ olih anak-anak  dan anak terus menghilangkan diri tak menjenguk-jenguk dah ibubapanya. Ya Allah ya tuhan ku...semoga anak-anak aku tidak menjadi Si Tanggang moden...Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepada Mu Berserah

Jumpa Orang Pencen