Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Che Nisa Rimas

Dua tiga hari lepas sakitnya kepala ni....semua urusan tergendala, lauk beli, kain tak basuh..! Keadaan rumah...mendukacitakan. Nisa biasa lah bangun pagi lepas sarapan dia dengan laptopnya..layan hindustan lah, upin ipin lah dan yang tak blh bla dah mula layan lagu raya ( sebab tahun ni kita orang raya kat Pahang ). Aku tgk makanan Nisa atas meja berselerak...kuah tumpahlah.. macam2 lah...eeiihh. Tengah baring-baring bersama aroma VICKS nampak Nisa macam pelik sikit kalutnya...rupa-rupanya dia mengemas rumah, abis meja di lapnya bersih! Ambik pulak penyapu disapunya lantai bersih! Tau pulak dia rimas duduk dalam rumah berselerak macam ni.Alhamdulillah... bolih jugak diharap.

KEKALUTAN BERGANDA

KALUT... hari-hari kalut tapi kekalutan semakin berganda bila Nisa masuk hospital kerana masalah haid tidak teraturnya itu! Tahun lepas masuk wad 2 hari sampai kena tambah darah sebab bleeding. Rujukan demi rujukan dengan pakar... sampai kena makan ubat hormon tapi tak o.k jugak. Kali ni bleeding dengan ada demam sekali, bawa ke hopsital tahan wad... tapi rupanya demam masalah tonsil pulak... patutlah dia tak ada selera nak makan.,sakit tekak macamana nak makan. Duduk kat wad macam-macam ubat kena makan ubat biji terpaksa direndam dgn air.., Nisa dah nak masuk 21th dah... tak reti lagi makan ubat biji cm tu. Bila waktu melawat panggil Abah Depa jaga Nisa sebab kita nak balik rumah nak basuh baju dan nak tukar baju. Tahun lepas tidor satu katil dengan Nisa...punya lah sempit...Nisa jenis tidor lasak! Kali ni aku sangat berterima kasih pada seorang nurse syif malam tu...dia bagi aku tidor katil kosong sebelah nisa. Ada satu malam tu katil sebelah tu dah ada pesakit baru masuk pulak... a