KEKALUTAN BERGANDA

KALUT... hari-hari kalut tapi kekalutan semakin berganda bila Nisa masuk hospital kerana masalah haid tidak teraturnya itu! Tahun lepas masuk wad 2 hari sampai kena tambah darah sebab bleeding. Rujukan demi rujukan dengan pakar... sampai kena makan ubat hormon tapi tak o.k jugak. Kali ni bleeding dengan ada demam sekali, bawa ke hopsital tahan wad... tapi rupanya demam masalah tonsil pulak... patutlah dia tak ada selera nak makan.,sakit tekak macamana nak makan. Duduk kat wad macam-macam ubat kena makan
ubat biji terpaksa direndam dgn air.., Nisa dah nak masuk 21th dah... tak reti lagi makan ubat biji cm tu. Bila waktu melawat panggil Abah Depa jaga Nisa sebab kita nak balik rumah nak basuh baju dan nak tukar baju. Tahun lepas tidor satu katil dengan Nisa...punya lah sempit...Nisa jenis tidor lasak! Kali ni aku sangat berterima kasih pada seorang nurse syif malam tu...dia bagi aku tidor katil kosong sebelah nisa. Ada satu malam tu katil sebelah tu dah ada pesakit baru masuk pulak... aku ingat dalam hati.. malam ni mesti tak dapat tidor atas katil lah...!  TAPI... nurse itu sangat baik....dia ubah pesakit tu ... akhirnya aku tidor atas katil jugak malam tu. Kiranya aku sangat bernasib baik kerana 4 malam Nisa dok kat Wad tu 
aku dapat tidor dengan lena. Hari ini Nisa dah selera makan dah...lagi selera makan bila doktor naik kan dos... Olanzapine dari 10mg ke 15mg...sebab selalu sangat mengamuk. Sama-sama lah kita berdoa semoga Nisa tak mengamuk dah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Okay ke....?

Anak Syurga