ELAUN OKU NAIK

Asalamualaikum semua.., sebulan setengah menyepi diri kerana sibuk dengan urusan rumah yang tak bertangga. Ari ni nak ucapkan terima kasih kat PM sebab naikkan 50 ringgit duit elaun OKU. Maknanya mula bulan Januari Cik Nisa kita dapatlah 200 ringgit. SYUKOR..daripada tak dapat langsung betul tak...?? Untuk habuan duit pampers orang kata.Musim hujan ni ...nampak gaya sekejap je pampers tu selesai...Nak buat macamana kan!  Mama nakcerite pulak pasal operate tonsil Cik Nisa. Baru-baru ni tak jadi operate lagi sebab dia "NOT IN THE MOOD "  Doktor kata buat 4Nov2014...tak bolih jugak ...nak pergi abang dia konvo di JB. Akhirnyadpatlah tarikh 13Nov.2014 ..tak tau lah jadi   tak... Minta-minta tak adalah apa-apa yang jadi pulak. Kalau kita orang banyak duit bolih suka-suka hati minta doktor buat operate bila-bila kita suka....berlambak Hospital Swasta tapi siap duit lah!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepada Mu Berserah

Jumpa Orang Pencen