Sihat kah kita hari ini...?

02-05-2011  0900HRS

Asalamualaikum...semuanya... yang sudi singgah disini dan yang tersinggah sebentar disini..
Aku rasa sangat gembira kerana hari ni kerana aku dah pencen.... kerana aku pun ada masalah kesihatan aku nak berkongsilah serba sedikit info-info kesihatan yang aku perolehi dari Surat kabar dan TV yang mana aku tau .. kau orang semua sibuk bekerja siang malam.., sibuk mengurus rumahtangga, rumah tak bertangga..pun lagi lah sibuk...! Surat kabar kau langgan tiap-tiap hari tapi kadang2 tak baca pun...! berita smalam pun tak tahu.. ari ni dtg surat kabar baru.. berita lain pulak..  Nak tengok berita TV ...? blk penat...,. sibuk.. anak tgk kartun... kau duduk kat dapur.. masak .

Bab bersenam ni satu hal... cuti dua hari  hujung minggu sibuk nak basuh kain lah.. nak gosok baju lah.. ini semua bg org2 mcm akulah yang tak mampu nak ambik org gaji..., orang ada bibik  lain lah...semuanya ditanggung beres...! Pagi2 kita kena lah keluar dari rumah yang dah berserabut.. tak kemas sangat tu.. pegi ambik udara bersih dan segar di tempat tempat riadah yg telah banyak disediakan olih kerajaan bagi memastikan 1 Malaysia sihat...... Jangan malas nak bersenam, jangan dah sakit baru rasa nak bersenam.

03-05-2011
Masa kerja dulu... aku selalu stres...sekarang dah kurang stres...   Stres dgn masalah Nisa je... tak pa itu dugaan tuhan untuk aku. Aku redha..        Apa-apa pun kalau kau orang stres bolehlah amalkan 10B seperti berikut:
1. Bertenang
2. Bernafas dengan dalam
3. Berkata: Relakslah... beribadat.
4. Bercakap dgn seseorang
5. Berurut
6. Beriadah
7. Bersenam
8. Berehat dan mendengar muzik
9.Berfikiran Positif
10.Menari

04-5- 2011
Dalam sebuah buku..(Toksin masuk Toksin keluar) mengatakan makan lah anggur sebanyak mungkin banyak khasiatnya. Semua buah banyak khasiat... makan lah buah, sayuran dan air bebanyak nanti sihatlah kita.. jgn lupa sentiasa berdoa pad Allah minta dipanjangkan umur..

05-05-2011
Sibuk sikit... dah nak mula stress dah ni.. besok nak pi JB..mana baju2 nak dibawa... baju Nisa lagi... pampers nisa lagi.. terlupa yg tu jenuhlah aku...! Relaks..relaks....

14-05-2011
Lenguh badan... tak hilang lagi. Kain baju punyalah banyak nak basuh.. boys semua hantar dobi je..

15-05- 2011
Berikut adalah apa yg saya baru baca dari sebuah majalah tempatan....
Kajian dijalankan ke atas tikus tua mendapati aktiviti senaman dapat merangsang daya ingatan pada otak haiwan itu. Tikus tua yang disuruh bersenam di atas roda berputar didapati lebih mudah belajar teknik baru berbanding tikus tua yang banyak berehat. Hasil kajian ini dapat membandingkan prestasi tikus tua yang bersenam dengan tikus tua yang banyak rehat. Tikus ini diberi ujian mencari platform yang  diletakan di tengah kolam air. Hasilnya, tikus tua yang bersenam menunjukkan prestasi seperti tikus muda namun tikus tua yang banyak berehat tidakdapat mencari platform itu........sekian.. untuk tatapan....

16-05-2011
Kita dinasihatkan minum air sebanyak 8 gelas sehari... antara tanda badan kekurangan air adalah
*cepat letih
*Terlalu dahaga
*Mulut kering
*Mengantuk
*Air kencing sedikit dan pekat
*sakit kepala dan pening     

28-05-2011
Cuti sekolah dah bermula dan kenduri kahwin pula bermula jgk lah... kadang2 satu hari ada 3 - 4 jemputan.
Beringatlah semasa mkn tu... makan buah banyak2 dua jam sbelum makan.. atau selepas makan..Blk rmh buah jus epal tanpa gula... pecahkan balik lelemak yg ada tu.. 

29-05-2011
Anak jiran kahwin... meriah-meriah. Ada 3 kenduri nak pegi. pegi je... makan buat syarat..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepada Mu Berserah

Jumpa Orang Pencen