Mama nak bercerita apa saje....

Asalamualaikum semua.... pejam celik.., pejam celik dah bulan Jun..  Syukor...alhamdulillah masih boleh celik lagi melihat dunia. takut-takut pejam2 tak celik dah..Nauzubillah...

Hairan bin ajaib... dah pencen pun mama masih kalut mcm masa kerja dulu., kdg2 lebih kalut dari masa bekerja dulu..  Biasa lah mama ni menguruskan OKU memang beginilah... redha ..
Nisa dah kurang sikit mengamuknya...  tapi sekali sekala ada jgk dia mengamuk sakan... baru-baru ni mama pegi Shopping Kompleks , tak bawa dia kesian pulak tinggal kat rumah tapi bila dah bawa jadi lain pulak.. kdg2 Nisa dia tak suka bunyi bising2 dan org terlalu ramai.. jadi hari tu,, dia mengamuk kat situ, bayangkan mama ditamparnya .. ditarik tudung.. dan smpai nak masuk dalam kereta pun dia pukl mama lagi... banyak org tengok mama masa tu... ada yg ketawa.. ada yg terkejut..mcm2 reaksi...! sabor je lah.

11/06/2011

Hari ini Nabila ambil ujian memandu.. mama doakan dia lulus. Bila anak-anak semua dah ada lesen senang sikitlah, sebab bawa Nisa naik kereta klau blk kampong tu memang banyak cabarannya. Dua minggu lepas masa kita orang dlm perjalanan dari Putrajaya ke Kulim.. dia buat hal dalam kereta., tak semena-mena dia
paut stering kereta.. nasib baik tak da kereta...kiri dan kanan!

12/06/2011
 Pkl 8.00mlm mama pegi Bandar Perda dngar Taklimat Jus Vemma.. dok dengar org kata bagus sangat produk ni..blh menurunkan kolesterol kabarnya...! Sebenarnya dah ada org bagi kat mama suruh cuba rasa.. yg peliknya lepas makan jus ni... tangan mama mesti kebas..hairan betul lah! Tapi dahlama2 hilanglah , adakah itu dikatakan proses pemulihan...? nanti kita tanya org Vemma...

14/06/2011
Nabila dah masuk Matrik Kedah.... mama semakin kalut... Pagi2 dah tension , merajuk pnya psal mama pegi makan di luar. Lpas makan terjumpa best friend...sembang2.. lega sikit rasanya. Nisa nampaknya pandai pulak berdikari bila Nabila tak da kat rumah ni...!
Masa balik hantar Nabila, Nisa mengamuk dlm kereta...sabor je lah!

18/06/2011
Mama hampir jatuh dibilik air kerana mengejar masa... terlalu banyak kerja nak buat yg selama ni Nabila yang buat..!  Tak kan nak suruh dia duduk rmah je.. tak belajar betul tak..? Semoga Nabila sentiasa cemerlang belajar disana, tak da lagi diganggu dengan kerenah Nisa. Aku ingat lagi pernah Nisa mengamuk habis buku2 Nabila di koyakkannya... tapi Nabila sabar orangnya.. Dia anak yg baik semoga tuhan sentiasa memelihara dia dimana jua dia berada dan mendapat kawan2 yg soleh dan soleha.


21/06/2011
Alhamdulillah Nisa tak mengamuk dah... cuma buat prangai sikit bila lapar.. Pagi mkn Nasi lemak atau roti canai.. tghari mkn nasi mesti ada udang atau sotong atau ayam... ikan ni klau dia nampak terus tak nak makan.. risau pulak mama... kolesterol tinggi pulak budak ni nanti! Tapi nak buat cmana tak bg karang mengamuk pulak. Hari ni mama nak masak lemak labu, sambal tumis sotong dan goreng ikan bawal.. mesti Nisa makan banyak...!

23/06/2011
Hari2 mama pegi Fisioterapi Medan Elektrik.. hari ni msk hari ke 8 ada lah perubahan sikit2 je...dia org kata kena smpai 15 kali baru nampak kesan, tapi ada jgk orang dtg 4 kali nampak kesannya.. Agaknya Toksin bnyak sangat dlm badan mama ni . Terapi ni percuma saja tau... kalau  ada kat tempat kau orang tu..pegi lah setengah jam je.. berbaloi. Mama dah tgk kawan mama yang ada mcm2 pnyakit spt kencing manis, darah tinggi , gout .. nampak sangat keberkesanannya. Sementara free ni... pegi je lah.. betul tak..?

29/06/2011
Balik dari Penang  Nisa mengamuk... dah singgah makan kedai Tomyam Nurul kat Marin tu.. makan nasi goreng, mkn sate.. apa lagi dia nak tak tau... Sampai rumah suruh mandi  tak nak.. tak pe lah kita ikut je angin dia... Pkl.8.30 Nisa nak mandi..lpas mandi mula mengamuk lagi.. hai.. ini mesti kes mengantuk..jenuh jgklah memujuk si baby tua..ku  ini...! Akhirnya tdor lah dan aku pun terus trtidur jgak...aku tak sembhyang isyak lagi rupamya... pkl 5 pagi sembahyang isyak....!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepada Mu Berserah

Jumpa Orang Pencen