Amukan Nisa

Nisa mengamuk lagi, mengamuk ada sebab.. mama yang silap..Lambat bagi dia minum petang. Aku ingat dia bolehlah sabar, aku nak sembhyang asar dulu lpas tu baru nak pegi kedai beli bihun sup kegemaran dia. Belum sempat aku tukar baju dia mula nak mengamuk..dah nampak dah anginnya...! Aku dok dgn dia je..Cepat2 aku lari kluar kunci gril..klau dia orang ada kat rmh tak pa lah aku lari masuk dlm bilik. Tgh kunci gril tu sempat plak dia tarik tudung aku ni.. cepat2 aku cabutkan tudung aku ni  ha.. kalau tak tercekiklah aku...! Aku talipon abah Nisa..dok jauhlah pulak...tak pe.. tunggu dia datang baru aku nak masuk rmah. Nisa dalam rmah mengamuk sakan sorang2 dia ...lantak lah janji aku tak kena belasah dgn dia. Jiran tak  berani tolong dia orang pun takut jgk. Ada sorang dua yg berani pun.. tak pe aku tak kecil hati pun. Aku bawa keta aku parking jauh-jauh takut pecah cermin.. aku nampak ikut tingkap PC aku dah tergolek atas lantai.. wayar jatuh tercabut berselirat...printer pun cm tu jgk dah jatuh kebawah. Abah nya smpai aku msk dlm rmh..cawn pecah 2 biji..meja tunggang langgang...bersepah-sepah! Aku terus kemas semua tu.. abah dia dok mrepair PC.
Alhamdulillah blh jgk guna  PC tu.. kiranya kali ni kerugian akibat amukan Nisa cuma 2 biji cawan sahaja..! Nampaknya aku nak kena bawa Nisa berubat lagi lah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepada Mu Berserah

Jumpa Orang Pencen