SELAMAT TAHUN BAHARU 2018

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah syukur pada mu Ya Rabb kerana masih dipanjangkan usia dalam keadaan sihat menyambut kedatangan 2018! 2 minggu dah tahun baru..eh..eh..

Semoga diberikan kekuatan untuk menyantuni Cik Nisa kite. Hujung tahun 2017 Cik Nisa dikesan ada kencing manis,bertambahlah pulak ubat ubat nak dimakan.Patut lah Cik Nisa mengamuk sakan rupanya gula tinggi... doktor kata kalau kita yang normal ni pun akan jadi tak tentu bila gula tinggi ..ini pulak dia kann...
Cik Nisa  dok mengadap PC je, senaman senaman ni tak da lah dlm hidup dia,makan nak yang sedap sedap berlemak krim bagai jadi memang tak hairan lah kencing manis tu nak singgah.

Semakin banyak cabaran sekarang sebenarnya sebab Cik Nisa kira nak makan je.. dia cepat lapar.Doktor  sarankan beli susu Nutrition for Diabetics GLUCERNA bapak mahal baq hang! Cik Nisa memang suka minum susu...selama ni minum susu biasa biasa je.

Mama redha... selagi ada kudrat Cik Nisa sentiasa keutamaan kami.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepada Mu Berserah

Jumpa Orang Pencen